Terjemahan Rakaman Audio

Terjemahan Dialek Machang

Bagaimana persiapan anda menyambut hari raya Aidilfitri

Persiapan saya nak sambut hari raya Aidilfitri, hari raya Aidilfitri ni kalau saya saya panggil hari raya Puasa. Kalau hari raya puasa tu banyak sedikit persiapan dia berbanding dengan hari raya Haji. Kalau hari raya Puasa ni macam meriah la sedikit kampong saya tu. Sebelum raya tu saya ni biasanya kalau malam raya saya banyak la buat persiapan macam masak ketupat, bakar lemang, lepas tu kemas-kemas rumah sedikit. Pakat bekerjasama la semua masa kemas rumah tu, adik-beradik semua, anak-anak saudara pakat tolong semua. Lepas tu, malam raya tu ya lah budak-budak kalau kampong saya duduk main mercunlah, suka sangat diaorang kalau main mercun. Bukan setakat budak-budaklah orang-orang tua pun ada yang mainnya. Ohh…kalau musim raya memang bising sangatlah kampong saya tu tak dengar apa-apa dah, dengar bunyi mercun je. Lepas tu, kalau pagi raya tu biasanya saya lepas mandi, bersiap-siap, berhias sikit pergi ke masjid nak sembahyang raya. Lepas sembahyang raya tu balik ke rumah bersiap-siap sedikit, hidangkan makanan takut-takut ada kawan-kawan yang dating, takut-takut ada emak-emak saudara, waris dating rumah. Lepas saudara-mara dan kawan-kawan dating saya pula biasanya yang pergi berjalan rumah-rumah mereka. Pergi berjalan rumah-rumah kawan, rumah waris, rumah bapa saudara emak saudara semualah termasuk rumah datuk untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Kalau di rumah mereka tu kita boleh kenal macam-macam jenis kuih lah yang adanya. Kalau musim raya tu biasanya kita boleh kenal macam-macam jenis kuih, kita boleh rasa. Lepas tu, kalau dari segi pakaian pula biasanya kalau nak sambut raya ni biasanya saya berbincang dulu dengan adik-beradik, dengan keluarga semua. Nak pakai baju macam mana, warna apa biasanya kalau raya ni kiteorang buat baju samalah semua supaya nampak cantiklah sedikit hari raya ni. Lepas tu kalau pergi berjalan tadi tu kita boleh makan serba aneka makanan sebab ada banyak sangat makanan, lepas tu bila dah makan dengan lahapnya sampai tak ingat dunia dah. Macam tu lah, memang kampong saya kalau musim raya memang meriahlah, meriah sangat-sangat. Bukan meriah dengan orang je, meriah dengan banyak kuihnya, dengan budak-budaknya suka pergi berjalan-jalan, suka dating rumah mintak duit raya. Saya tak ada duit nak bagi sebab saya belajar lagi. Itu jelah, terima kasih.

Leave a comment

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Just another WordPress.com site

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Emida Nurmiah

Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin