Analisis Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81), pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya.

1

2

3

4

Analisis pragmatik yang dapat diperoleh dalam hasil kajian ini hanyalah penggunaan Kata Ganti Nama (KGN) orang Pertama dan Ketiga sahaja.

1. Kata Ganti Nama Orang Pertama

DM : Saya

BMS : Saya

Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard bagi penggunaan Kata Ganti Nama Orang Pertama dimana kedua-dua bahasa ini menggunakan perkataan sama iaitu saya untuk merujuk kepada diri sendiri.

2. Kata Ganti Nama Orang Ketiga

DM : Demo

BMS : Mereka

Terdapat perbezaan di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard bagi penggunaan Kata Ganti Nama Orang Ketiga dimana dialek Machang menggunakan perkataan demo sedangkan bahasa Melayu standard menggunakan perkataan mereka untuk merujuk kepada orang ketiga dalam sesuatu percakapan.

RUMUSAN

Daripada kajian yang dijalankan ini, didapati tidak banyak aspek pragmatik yang terdapat di dalam dialek Machang ini yang boleh membezakannya dengan bahasa Melayu standard.

Analisis Makna

Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek “semantikos” yang membawa maksud “erti yang penting”.

1

2

3

4

1. Kena

Dalam dialek Machang perkataan kena bermaksud tahu tetapi dalam bahasa Melayu standard kena bermaksud seseorang yang mengalami sesuatu perkara. Contohnya dia kena pukul dengan gurunya.

2. Come

Dalam dialek Machang come boleh merujuk pada pakaian atau paras rupa yang cantik tapi dalam bahasa Melayu standard comel hanya merujuk kepada paras rupa yang cantik sahaja.

3. Sebak

Perkataan sebak dalam dialek Machang bermaksud alasan bagi sesuatu perkara yang berlaku sedangkan dalam bahasa Melayu standard sebak membawa maksud perasaan sedih yang dirasai oleh seseorang.

4. Kaba

Dalam dialek Machang perkataan kaba boleh beerti sedar tetapi dalam bahasa Melayu standard perkataan khabar membawa erti laporan atau berita mengenai seseorang dan juga sesuatu kejadian.

5. Demo

Perkataan demo dalam dialek Machang merujuk kepada ganti nama diri orang kedua dan ketiga sedangkan dalam bahasa Melayu standard demo merupakan singkatan bagi perkataan demonstrasi yang memnawa maksud perbuatan menyatakan pendapat dengan mengadakan perarakan.

RUMUSAN

Daripada hasil kajian yang diperoleh, rumusan yang boleh dibuat ialah tidak banyak perkataan yang sama tetapi berlainan makna yang ada di antara dialek Kelantan Machang dengan bahasa Melayu standard. Namun begitu, diharapkan dengan adanya hasil yang sedikit ini dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang kelainan yang wujud di antara kedua-dua bahasa ini.

Analisis Pembentukan Ayat

Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataanYunani, iaitu sun yang bererti ´dengan´ dan tattein yang bererti ´menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah  syntaxis  dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa Inggeris. Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al., 1993:317).  Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat,  iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat aspek pembentukan  ayat yang terdapat dalam dialek Kelantan Machang sama ada mempunyai persamaan atau perbezaan dengan bahasa Melayu standard. Hasil kajian akan dipaparkan dalam analisis di bawah in

1. Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.

Contoh :

ayat penyata

2. Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

Contoh :

ayat tanya

3. Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu ayat majmuk pancangan relati) ayat majmuk pancangan komplemen) dan ayat majmuk pancangan keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu :

a) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Sebab

Menggunakan perkataan kerana, lantaran, oleh sebab

Contoh :

majmuk pncangan kterangan sebab

b) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Syarat

Menggunakan perkataan jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Contoh :

ayat pancangan keterangan syarat

c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Cara

Menggunakan perkataan dengan

Contoh :

majmuk pncangan kterangan cara

RUMUSAN

Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan aspek pembentukan ayat di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard. Hal ini mungkin disebabkan oleh kedsua-dua bahasa ini berasal daripada rumpun bahasa yang sama iaitu Austronesia.

Analisis Pembentukan Kata

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji aspek pembentukan kata yang terdapat dalam dialek Kelantan Machang dan perbezaannya dengan bahasa Melayu standard. Hasil kajian yang diperoleh akan dianalisis dan ditunjukkan seperti di bawah ini.

a).Pemilihan Kata

kelainan kata

Berdasarkan jadual di atas, terdapat beberapa perkataan yang telah dipilih oleh pengkaji yang hanya ada di dalam dialek Kelantan Machang dan tidak ada dalam bahasa Melayu Standard. Antaranya ialah

1.Kata Nama

Dialek : bedil-pitih

BMS : mercun-duit

2.Kata Kerja

Dialek : deghak-jangok

BMS : berjalan-berhias

3.Kata Ganti Nama Orang Ketiga

Dialek : demo

BMS : mereka

b).Pengguguran Suku Kata

suku kata

Di dalam dialek Kelantan Machang berlaku pengguguran suku kata pada suku kata pertama sesuatu perkataan seperti yang dipaparkan dalam jadual di atas.

c).Pengimbuhan

Penggunaan imbuhan akhiran-an

imbuhan

Berlaku proses pengimbuhan akhiran-an dalam dialek Kelantan Machang sama seperti bahasa Melayu Standard tetapi fonem [n] pada suku kata akhir digugurkan.

d).Penggandaan

Penggunaan kata ganda penuh

kata ganda

Dialek Kelantan Machang juga berlaku proses penggandaan, iaitu penggunaan kata ganda penuh seperti contoh di dalam jadual di atas.

RUMUSAN

Terdapat pelbagai proses pembentukan kata di dalam dialek Kelantan Machang seperti proses penggandaan, pengimbuhan, pengguguran suku kata dan juga pemilihan kata yang berbeza dengan bahasa Melayu standard..Proses-proses ini telah menjadikan dialek Kelantan Machang kelihatan lebih unik dan menarik untuk dikaji dan dipelajari.

Analisis Sebutan

Aspek sebutan adalah salah satu aspek yang penting dalam bidang linguistik. Aspek sebutan juga dikenali sebagai adpek fonetik dan fonologi. Fonetik ialah menurut Arbak Othman (1983),  kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Manakala fonologi menurut Abdullah Hassan ( 1993) pula bermaksud suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster‟s College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai“the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan pengkajian aspek sebutan bagi dialek Machang Kelantan. Pengkaji telah membuat temu bual dengan respondan dan merakam dialek percakapan respondan tersebut. Di bawah ini disertakan hasil rakaman audio dan juga hasil analisis data bagi dialek Machang Kelantan.

1

2

3

4

Bil

Bahasa/Dialek

Transkripsi Fonetik

BM Standard

1

poso

/pᴐsᴐ/

puasa

2

kalu

/kalu/

kalau

3

mace

/maʧɛ/

macam

4

male

/malɛ/

malam

5

tupak

/tupaɁ/

ketupat

6

masok

/masᴐɁ/

masak

7

kemah

/kəmah/

kemas

8

leme

/ləmɛ/

lemang

9

bedil

/bədil/

mercun

10

deghak

/dəɣaɁ/

berjalan

11

supo

/supᴐ/

sama

12

oghe

/ᴐɣɛ/

orang

13

ghumoh

/ɣumᴐh/

rumah

14

lepah

/ləpah/

lepas

15

suko

/sukᴐ/

suka

16

tuo

/tuᴐ/

tua

17

baka

/baka/

bakar

Berdasarkan data yang diperoleh dalam jadual di atas, di dapati terdapat banyak aspek fonologi dalam dialek Machang Kelantan. Antaranya ialah

1. Menggugurkan vokal depan luas [a] yang menduduki posisi nukleus pada akhir suku kata dan menggantikannya dengan vokal belakang separuh sempit [ᴐ]

Contoh : tua-/tuᴐ/

suka- /sukᴐ/

2. Menggantikan konsonan [r] yang berada di posisi onset pada awal suku kata dengan konsonan [ɣ].

Contoh : orang-/ᴐɣɛ/

rumah-/ɣumᴐh/

3. Menggugurkan konsonan /m/ pada posisi koda dan juga vokal [a] pada posisi nukleus di akhir suku kata dan menggantikannya dengan vokal [ɛ].

Contoh : macam-/macɛ/

malam-/malɛ/

4. Pengguguran konsonan [s] pada posisi koda suku kata terakhir dan menggantikannya dengan konsonan [h].

Contoh : kemas-/kəmah/

lepas-/ləpah/

5. Penggantian konsonan [k] pada posisi koda suku kata akhir dengan konsonan glotis [Ɂ].

Contoh : masak-/masᴐɁ/

6. Pengguguran konsonan [r] pada posisi koda di akhir suku kata

Contoh : bakar-/baka/

Rumusan

Daripada analisis sebutan yang dilakukan di atas, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara dialek Machang Kelantan dengan bahasa Melayu Standard. Di dalam dialek Kelantan yang dituturkan oleh respondan ini terdapat banyak proses fonologi, antaranya pengguguran, penggantian dan penambahan fonem.

Transkripsi Rakaman Audio

Transkripsi Dialek Machang

Bagaimana persiapan anda menyambut hari raya Aidilfitri

Persiape sayo nok sambuk rayo Aidilfitri. ari rayo Aidilfitri nih kalu sayo sayo panggil hari ghayo poso. kalu aghi rayo poso tuh banyok sikit persiape dio berbanding denga haghi ghayo aji. Kalu aghi ghayo poso nih mace meghioh la sikit kapong sayo tuh. Sebelung ghayo tuh sayo nih biasonyo kalu male ghayo sayo banyok la wak persiape mace masok tupak, baka leme, pah tuh kemah-kemah ghumoh sikit, pakat-pakar bekejosamo la belako maso kemah ghumoh tuh adik-beghadik sumo anok-anok sedaro pakat tulong belako. Pah tuh male ghayo tuh ho la budok-budok kalu kapong sayo gak dok main bedil lah, suko mena pok-pok dio kalu main bedil gak. Buke satakak budok-budoklah oghe-oghe tuwo pon ado hok mainnyoh. Oloh kalu musen ghayo gak meme gege-gegok lah kapong sayo tuh tok denga denga gapo skaro, denga ko bunyi bedil jah.  Pah tu kalu pagi ghayo tuh biasonyo sayo lepah mandi gapo, siap-siap jangok-jangok sikit gi masjid nok smaye ghayo, lepah smaye ghayo tu gak balik ghumoh siyak-siyak sikit, ide-ide makene takok-takok ado saing-saing hok maghi, pah tuh takok-takok ado mok-mok sdaro, woghih-woghoh maghi ghumoh. Lepah sdagho-magho maghi, saing-saing maghi sayo pulok biasonyo hok gi jale ghumoh demo. Gi jale ghumoh-ghumoh saing, ghumoh waghih-waghoh, ghumoh mok dagho, pok sdagho belakolah, ghumoh tok, gi jale apo nih nok erat ke lagi hubunge siraturohim. Kalu ghumoh demo tu gak kito buleh kena mace-mace jenih kuwe la hok ado nyoh. Kalu musen ghayo tuh biasonyo kito buleh kena mace-mace jenih kuwe, kito buleh ghaso. Pah tuh kalu daghi segi pakaye pulok kalu biasonyo kalu nok sambuk ghayo nih biasonyo sayo bice duloh nga adik-beghadik, nga kluago belako nok paka baju gano, wano gapo, biasonyo kalu ghayo ni kito oghe wak baju supolah belako nok sughoh napok come la sikik aghi ghayo nih. Pah tu kalu gi deghak saknih gak kito buleh make sebo moknikolah makene sebak ado belambok-lambok makene nyoh. Pah tu gak ho lah make tu gak denga kebobonyo tok kaba ingak doh. Ho gi tu ah, meme kapong sayo kalu musen ghayo gak meme meghiohlah, meghioh sangak-sangak. Buke meghioh denga oghe jah, meghioh denga banyok kuwenyo, ho denga apo nih denga budok-budoknyo suko gi deghak-deghak, suko maghi ghumoh nih mitok pitih ghayo. Sayo tak dok pitih nok wi sebak sayo belaja lagi. Tu je lah, trimo kasih.

Terjemahan Rakaman Audio

Terjemahan Dialek Machang

Bagaimana persiapan anda menyambut hari raya Aidilfitri

Persiapan saya nak sambut hari raya Aidilfitri, hari raya Aidilfitri ni kalau saya saya panggil hari raya Puasa. Kalau hari raya puasa tu banyak sedikit persiapan dia berbanding dengan hari raya Haji. Kalau hari raya Puasa ni macam meriah la sedikit kampong saya tu. Sebelum raya tu saya ni biasanya kalau malam raya saya banyak la buat persiapan macam masak ketupat, bakar lemang, lepas tu kemas-kemas rumah sedikit. Pakat bekerjasama la semua masa kemas rumah tu, adik-beradik semua, anak-anak saudara pakat tolong semua. Lepas tu, malam raya tu ya lah budak-budak kalau kampong saya duduk main mercunlah, suka sangat diaorang kalau main mercun. Bukan setakat budak-budaklah orang-orang tua pun ada yang mainnya. Ohh…kalau musim raya memang bising sangatlah kampong saya tu tak dengar apa-apa dah, dengar bunyi mercun je. Lepas tu, kalau pagi raya tu biasanya saya lepas mandi, bersiap-siap, berhias sikit pergi ke masjid nak sembahyang raya. Lepas sembahyang raya tu balik ke rumah bersiap-siap sedikit, hidangkan makanan takut-takut ada kawan-kawan yang dating, takut-takut ada emak-emak saudara, waris dating rumah. Lepas saudara-mara dan kawan-kawan dating saya pula biasanya yang pergi berjalan rumah-rumah mereka. Pergi berjalan rumah-rumah kawan, rumah waris, rumah bapa saudara emak saudara semualah termasuk rumah datuk untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Kalau di rumah mereka tu kita boleh kenal macam-macam jenis kuih lah yang adanya. Kalau musim raya tu biasanya kita boleh kenal macam-macam jenis kuih, kita boleh rasa. Lepas tu, kalau dari segi pakaian pula biasanya kalau nak sambut raya ni biasanya saya berbincang dulu dengan adik-beradik, dengan keluarga semua. Nak pakai baju macam mana, warna apa biasanya kalau raya ni kiteorang buat baju samalah semua supaya nampak cantiklah sedikit hari raya ni. Lepas tu kalau pergi berjalan tadi tu kita boleh makan serba aneka makanan sebab ada banyak sangat makanan, lepas tu bila dah makan dengan lahapnya sampai tak ingat dunia dah. Macam tu lah, memang kampong saya kalau musim raya memang meriahlah, meriah sangat-sangat. Bukan meriah dengan orang je, meriah dengan banyak kuihnya, dengan budak-budaknya suka pergi berjalan-jalan, suka dating rumah mintak duit raya. Saya tak ada duit nak bagi sebab saya belajar lagi. Itu jelah, terima kasih.

Rakaman Audio

Rakaman Audio Dialek Machang

Butiran Responden

1. Nama: Hayati

2. Tempat Tinggal: Machang Kelantan

3. Usia: 24 Tahun

4. Jantina: Perempuan

5. Bahasa Pertuturan Harian: Dialek Machang & Standard

Item Soalan

Item soalan soal selidik kepada Responden (R).

1. Nama Facebook

2. Anda ternampak satu kemalangan jalan raya ketika dalam satu perjalanan
memberhentikan kereta untuk mengetahui kejadian yang sebenar
menghubungi pihak yang berkenaan
bertanya kepada saksi kejadian yang sebenar.
menghulurkan bantuan jika diperlukan
berasa marah kerana mengganggu kelancaran perjalanan anda
3. Anda melihat jiran sebelah rumah anda sering memukul anaknya
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut
membuat laporan polis
menegur perbuatan jiran anda dengan baik
menenangkan dan member nasihat kepada jiran anda
tidak mengendahkan apa yang berlaku
4. Anda dijemput untuk menyampaikan ucapan pada saat akhir dalam satu majlis
menerimanya dengan gembira
terus membuat persiapan yang sepatutnya
menyampaikannya dengan penuh minat dan bertenaga
menerimanya kerana menganggap itu sebagai satu pertolongan
cuba mengelak dengan memberikan pelbagai alas an
5. Seorang rakan telah membatalkan temujanjinya dengan anda pada saat-saat akhir
bertanya kenapa berbuat demikian dalam saat-saat akhir
bersabar dan cuba mendengar penjelasan yang ingin diberikan
mendesaknya memberitahu apa yang terjadi sebenarnya
terima tanpa banyak bicara
memarahi rakan tersebut
6. Ketika di dalam komuter yang penuh sesak,anda ternampak seorang tua berdiri di sebelah anda
memegangnya kerana bimbang dia terjatuh
meminta dengan baik kepada salah seorang penumpang agar member tempat duduk kepada orang tua tersebut
berbual-bual dengannya
cuba membantu apa yang patut supaya dia rasa selesa
buat tidak tahu sahaja
7. Anda baru seminggu putus cinta dengan bekas kekasih
meneruskan kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku
menerimanya dengan sabar dan tabah
meneruskan hubungan dengannya sebagai teman biasa sahaja
terus berhubung dan akan memberikan bantuan jika dia memerlukan
membenci dan memaki-hamun bekas kekasih
8. Anda terpilih untuk mengendalikan satu majlis makan malam di kolej kediaman anda
meminta pendapat dan pandangan banyak pihak agar majlis berjalan lancer
membuat persiapan awal dengan kemas dan teratur
membuat kerja dengan penuh semangat
saling membantu dan bekerjasama dengan ahli yang lain
membuat kerja ala kadar sahaja kerana terpaksa
9. Anda telah ditipu oleh sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet percuma
meminta pendapat orang lain tentang tindakan yang patut dilakukan
terima sahaja dan menganggap itu sebagai satu dugaan
cuba menghubungi pihak tersebut untuk meminta penjelasan
memberi peringatan dan nasihat kepada rakan-rakan yang lain agar lebih berhati-hati selepas ini
memaki-hamun syarikat tersebut
10. Anda dikehendaki menyiapkan satu tugasan penting dalam masa yang singkat
meminta pendapat rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan cepat dan padat
membuat perancangan yang kemas dan sistematik
melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat
membuatnya bersama rakan-rakan yang lain agar senang untuk saling membantu kelak
menyiapkannya dalam keadaan mengeluh kerana menganggap itu sebagai satu bebanan dan menyusahkan

Item soalan soal selidik kepada Rakan Responden (RR).
1. Nama Facebook

 2. Dia ternampak satu kemalangan jalan raya ketika dalam satu perjalanan,apa yang dia akan lakukan
memberhentikan kereta untuk mengetahui kejadian yang sebenar
menghubungi pihak yang berkenaan
bertanya kepada saksi kejadian yang sebenar.
menghulurkan bantuan jika diperlukan
berasa marah kerana mengganggu kelancaran perjalanannya
3.Dia melihat jiran di sebelah rumahnya sering memukul anaknya,apa yang akan dia lakukan
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut
membuat laporan polis
menegur perbuatan jirannya dengan baik
menenangkan dan member nasihat kepada jirannya
tidak mengendahkan apa yang berlaku
4. Rakan anda telah dijemput untuk memberikan ucapan pada saat-saat akhir dalam satu majlis,apa reaksinya
menerimanya dengan gembira
terus membuat persiapan yang sepatutnya
menyampaikannya dengan penuh minat dan bertenaga
menerimanya kerana menganggap itu sebagai satu pertolongan
cuba mengelak dengan memberikan pelbagai alasan
5. Seorang rakannya telah membatalkan temu janji mereka pada saat-saat akhir,apa reaksi dia
bertanya kenapa berbuat demikian dalam saat-saat akhir
bersabar dan cuba mendengar penjelasan yang ingin diberikan
mendesak rakannya itu agar memberitahu apa yang terjadi sebenarnya
terima tanpa banyak bicara
memarahi rakan tersebut
6. Ketika di dalam komuter yang penuh sesak,dia ternampak seorang tua berdiri di sebelahnya,apa yang akan dia lakukan
memegangnya kerana bimbang dia terjatuh
meminta dengan baik kepada salah seorang penumpang agar member tempat duduk kepada orang tua tersebut
berbual-bual dengannya
cuba membantu apa yang patut supaya dia rasa selesa
buat tidak tahu sahaja
7. Dia baru seminggu putus cinta dengan bekas kekasihnya,apa yang dia akan lakukan
meneruskan kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku
menerimanya dengan sabar dan tabah
meneruskan hubungan dengan bekas kekasihnya sebagai teman biasa sahaja
terus berhubung dengan bekas kekasihnya dan akan memberikan bantuan jika diperlukan
membenci dan memaki-hamun bekas kekasihnya
8. Dia terpilih untuk mengendalikan satu majlis makan malam di kolej kediamannya,apa tindakan yang akan dilakukannya
meminta pendapat dan pandangan banyak pihak agar majlis berjalan lancer
membuat persiapan awal dengan kemas dan teratur
membuat kerja dengan penuh semangat
saling membantu dan bekerjasama dengan ahli yang lain
membuat kerja ala kadar sahaja kerana terpaksa
9. Dia telah ditipu oleh sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet percuma,apa tindakan yang akan diambil olehnya
meminta pendapat orang lain tentang tindakan yang patut dilakukan
terima sahaja dan menganggap itu sebagai satu dugaan
cuba menghubungi pihak tersebut untuk meminta penjelasan
memberi peringatan dan nasihat kepada rakan-rakan yang lain agar lebih berhati-hati selepas ini
memaki-hamun syarikat tersebut
10. Dia dikehendaki menyiapkan satu tugasan penting dalam masa yang singkat,apa reaksi yang dia tunjukkan
meminta pendapat rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan cepat dan padat
membuat perancangan yang kemas dan sistematik
melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat
membuatnya bersama rakan-rakan yang lain agar senang untuk saling membantu kelak
menyiapkannya dalam keadaan mengeluh kerana menganggap itu sebagai satu bebanan dan menyusahkan

Statistik

1.0   Pengenalan

Statistik merupakan terbitan dari perkataan Latin yang bermaksud “state” – negeri atau Negara.Statistik  merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek. Statistik merupakan satu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan dan keputusan. Statistik juga adalah satu seni dan sains untuk,mengumpul,memproses,menganalisis, menginterprestasi, mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan. Dalam kajian ini, statistik digunakan untuk menilai sejauh mana bahasa dan personaliti seseorang itu berdasarkan posting dan komennya di dalam laman sosial facebook. Daripada hasil statistik yang diperoleh itulah kita akan dapat mengetahui bahawa adakah personaliti seseorang itu boleh diukur hanya dengan menggunakan posting dan komennya di dalam facebook sahaja. Adakan jawapan yang diperoleh itu menyakinkan, kurang menyakinkan atau tidak menyakinkan langsung.

2.0  Pernyataan Masalah

Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

3.0   Soalan Kajian

Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

4.0   Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   Metodologi Kajian

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kuantitatif, di mana pengkaji menggunakan posting dan komen yang dipaparkan dalam laman sosial facebook sebagai alat untuk menilai dan membuat andaian terhadap personaliti seseorang responden. Hasil yang diperoleh akan dikira untuk mendapatkan jawapan yang sebenar sama ada menyakinkan, kurang menyakinkan atau tidak menyakinkan.

6.0   Persampelan

Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.
7.0   Prosedur Kajian

7.1   Pemilihan responden. Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

7.2   Penetapan personaliti responden. Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

7.3   Pengkodan responden. Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

7.4   Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan B; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan C; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan D; dan  kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan E.

7.5   Pengkodan rakan responden. Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

7.6   Soal-selidik responden. Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.

7.7  Soal-selidik rakan responden. Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran).   Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden.

7.8   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 70% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 69% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.

7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

8.0   Analisis kajian

jadual

8.1   Berdasarkan jadual di atas didapati   56% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian yang kurang menyakinkan dengan 44% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 50%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah kurang menyakinkan.

8.2   Berdasarkan jadual di atas didapati   56%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang  menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 61.5%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah  menyakinkan.

8.3   Berdasarkan jadual di atas didapati   67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang tidak menyakinkan dengan 44% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 55.5%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah kurang menyakinkan.

8.4   Berdasarkan jadual di atas didapati   56%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R4 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 61.5%. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah  menyakinkan.

8.5   Berdasarkan jadual di atas didapati  33% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang  menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 50%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah kurang menyakinkan.

9.0   Rumusan Kajian. Sebagai rumusan, tanggapan bahawa personaliti seseorang rakan facebook  boleh diandaikan daripada posting dan komen yang terpapar dalam facebook adalah kurang menyakinkan. Ini bermakna bahawa tanggapan personaliti rakan facebook tidak boleh diterima sepenuhnya dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook disebabkan personaliti seseorang rakan facebook itu boleh berubah mengikut situasi yang dialaminya.

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Just another WordPress.com site

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Emida Nurmiah

Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin