Category Archives: BAB 5

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan di antara dialek Machang dengan bahasa Melayu standard. Persamaan dapat dilihat daripada aspek sintaksis, semantik dan pragmatik manakala perbezaannya pula dapat dilihat dalam aspek fonologi dan mofologi. Jadi, diharapkan dengan adanya persamaan dan perbezaan ini akan mempelbagaikan lagi variasi bahasa yang telah sekian lama wujud di Malaysia ini.

Dengan adanya kajian oleh pengkaji ini juga diharapkan dapat memberi dan menambahkan lagi maklumat mengenai dialek Machang kepada masyarakat di luar sana. Hal ini penting kerana setiap dialek yang ada di Malaysia ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri termasuklah dialek Machang yang terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Di samping itu, pengkaji juga mengharapkan agar lebih ramai individu yang berminat untuk mengkaji mengenai dialek-dialek di Malaysia ini supaya dengan adanya kajian yang pelbagai ini akan dapat menambahbaikkan kajian-kajian lepas.

Akhir sekali, pengkaji mengharapkan kajian ini akan memberi manfaat kepada semua dan semoga pengkaji akan dapat membuat kajian yang lebih terperinci dan lebih berfokus kepada satu bidang sahaja mengenai dialek Machang jika diberi kesempatan dan peluang kelak.

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Just another WordPress.com site

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Emida Nurmiah

Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin