Category Archives: Projek 3 – WordPress

BERFIKIRAN TERBUKA

1.01   earth hour..tp hop naek kete,jgn lop tutup lampu yep..

1.02   KLCC TERBAKAR!!!

1.03   Tinimungan sinding dusun..huhu..teringat lak masa duk sabah dlu..menggamit memori.. Razz Meant Micrhoans, Yehezikiel Mel Melliun, Mohd Raffi Jamaluddin..
tinggi tinggi gunung KINABALU

1.04   seriously , i miss capital s so much… tak thu nk luahkn kt cpew lagi . .
hee ~

1.05   puas tido selama 6 jam.. hah legaa. :3

*copy paste status orang laen..

1.06   sape ade henfon samsung m8800..??jual ko sy..

1.07   berhati2 apabila hendak membeli rim enkei di kedai2 rim..contohnya rim ENKEI RP01 taiwan jgk di cop made in japan..harga dekat2 2K…jgn tertipu..

1.08   tengok TV satu..RTM1..best..pandai budak2 ni..jeless rasa..kecik2 panda agama. ”adik-adikku”

1.09   jangan terkejut sekiranya 2 jam lepas kamu jumpa saya naek motor honda bulat yg buruk tetapi 3 jam akan datang kamu akan berjumpa sy bwk lamborghini murcielago…

1.10   ::::::::::::: frenz 4 benefit :::::::::::::
yup!!!! thats rite….!!!!! jd mmbe ble sush je…ble seng jgn kata nk tgur….jelin kte pn x……huhuhu~~~~

-status berjaya menarik perhatian ramai..friends die ad 200 lebih tetapi mendapat 34 likes semasa sy copy td..memang banyak likes die dapat dengan nisbah kawan x ramai..status terbaik sy jumpe malam ni..

ULASAN   Berdasarkan posting2 yang dipaparkan oleh respondan jelas menunjukkan bahawa respondan seorang yang suka berimaginatif. Perkara ini dapat dilihat apabila respondan sering berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu yang agak mustahil diperolehinya.

Posting2 di atas juga menggambarkan personaliti respondan yang sangat menghargai pandangan dan pengalaman orang lain. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam postingnya 08 dimana respondan sangat menghargai bakat dan pengetahuan agama yang ada pada kanak-kanak tersebut

MENYENANGKAN PERASAAN

4.01    baik dgn manusia tak smstinya baik dgn Allah. baik dgn Allah, insyaAllah kita akan baik dan manusia. walaupun kita takkan nampak sempurna di mata manusia

4.02   kehidupan ini adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya menggunakan akal manakala ianya tragedi bagi sesiapa yang hanya menggunakan dengan emosi

4.03   Di bawah tapak kaki ku hanyalah kotoran,tp di bawah tapak kaki ibu terdapatnya Syurga

4.04   berusaha untuk menjadi ikhlas, tidak perlu menyatakannya..kerana ikhlas itu hanya Allah PENILAINYA

4.05   Orang miskin yang pemurah lebih mulia berbanding hartawan yang dermawan

4.06   meleraikan sesuatu simpulan yang susah lebih baik daripada memutuskannya

4.07   Semua Manusia tidak Ada Yang Sempurna .. Tapi Jangan Jadikan Ketidaksempurnaan Tersebut Sebagai Alasan Untuk Terus Melakukan Kesalahan

4.08    Tak ada jaminan utk berjaya, namun jika kita tdk berusaha ia mrupakan jaminan utk menemui kegagalan

4.09   kpd kaum hawa, biarlah kaum adam sendiri yg mncari tulang rusuknya yg ada dalam diri setiap dpd kamu

4.10   Wahai kaum hawa, jgn jadi seperti kain di pasar malam yg sntiasa “dipetik” dan “ditest” sesuka hati dan kemudian ditinggalkan jika tidak berkenan…
Jadilah seperti daun semalu yg sentisa tertutup walaupun ada sedikit sentuhan

ULASAN   Berdasarkan posting2 respondan daripada nombor 01-07 jelas menunjukkan bahawa respondan seorang yang suka memberi nasihat kepada teman-teman faceboonya. Nasihat yang diberikan dapat menyenangkan hati dan perasaan orang yang mendengar dan membacanya. Nasihat ini sangat berguna kepada teman-temannya untuk dijadikan pegangan dalam hidup mereka.

Posting 08 pula memaparkan personaliti respondan sebagai seorang yang suka memberi kata-kata semangat kepada teman-temannya. Kata-kata yang digunakan mampu menaikkan semangat orang yang mendengar dan membacanya agar terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian masing-masing.

Manakala posting 09 dan 10 pula dapat menerangkan personaliti respondan sebagai seorang yang suka membantu dengan cara memberikan peringatan kepada teman-teman facebook perempuan agar sentiasa menjaga maruah dan harga diri mereka.

NEUROTIK

5.01   hati aku bkn kalis besi… ! so,,jgn igt slama nih aku diam aku xde prasaan!!!!!!!!!!!!!!!!!
5.02   die msih untuk saya atau die akan ttap dgn perempuan 2???????????

ULASAN   Posting2 respondan jelas menunjukkan kemarahannya terhadap seseorang.Respondan cuba melepaskan segala rasa marah, benci, geram dan sakit hatinya kepada teman facebooknya.

5.03   xtau nk kata ape…………… beRrrRrrRrr!

5.04   streeessss………….!!

ULASAN   Posting2 ini menunjukkan respondan dalam keadaan tertekan dan serba salah.

5.05   RAKAN : amboi….bgus la ko da mula hepi 🙂

RESPONDAN  hehehhe.. 🙂 insyaAllah dgn izin Tuhan…hrp hepy ni brkekalan…. doakn aku hepy alwys….hehe.. ko shat x??
KAWAN  Aminn…. shat jea..ko?
RESPONDAN  aku pn shat2 jgk… ko kt ne skrg ni?
KAWAN  ak kt tmpt keje.. ko? tc a syg.. : )
RESPONDAN  hehe..kt ne tmpt keje ko 2?? heheh.. aku kt ganu… study.. sminggu lg aku blik klntan… huhuh
KAWAN  kt cni jea…bestnye…nnti bwk blik kopok byk2 yea..
RESPONDAN  hehehe..insyaAllah…meh la jln ganu… 🙂 ko kn da blh drive…hehehe.. aku leh drive pn xguna,,sbb xde kete kt cni…ahahha
KAWAN  hahaha…ak salu gak pegi sna tp xtau ko ad kt sna…nnti la ak smpi sna ak gtau k
RESPONDAN  ok..heheh.. leh jmpa..huhu

5.06   mungkin td last episod “kte” slpas ape yg da jd pd ye…… biarkan org pergi jauh dr hdup ye n c die.. jgn cari org lg smpai ble2 pn.. ! org kn x pnah fhm ye! da byk kali org bg pluang pd ye ms dlu…n ms skrg..tp,, x pnah ye hrgai…ni kali terakhir pluang yg org bg pd ye… tuhan maha ADIL…

“kau pergi meninggalkanku tanpa perasaan hingga ku jatuhkan airmata”

p/s; jgn mnyesal klu ye xdpt jmpa org lg wlaupun hnya sbg.sorg kwn… HATI org bkn patung…. yg xde nyawa… HATI org da byk kali trluka sbb prbuatan ye… HATI ORANG MASIH BERNYAWA………..!!

5.07   <—————– saya sayang mak!! dna ngh sdih mak…………… dna nak mak..! dna rndu nk cter2 ngn mak ble dna dlm ksedihan…. ble dna cter,,mak slalu bg nsihat…. dna xnk khilangan mak….. dna da xde ayah…… dna rndu sgt2 kt ayah…. AL-FATIHAH bt ayah… dna ade mak sorg je lg…….. dna RINDU mak sgt2!!!!!!!

‎5.08   Bella ZieTiey sahabatku cyg………….. 😦 aku sdih…… aku benci laki2 cm2… MUNGKIR JANJI… JNJI mcm S**L! mmg aku rs btl2 bnci die buat ke berapa kali ntah…………!

5.09   “aku TAKKAN menangis kerana mencintai KAU. aku menangis kerana berharap mampu BERHENTI MENCINTAI KAU…”

ULASAN   Berdasarkan posting2 ini amat jelas menunjukkan respondan dalam keadaan bersedih.Kata-katanya menggambarkan kesedihan yang melanda dirinya disebabkan perkara-perkara tertentu.Posting ini turut menunjukkan sedikit rasa benci dan geram yang ada dalam diri respondan terhadap seseorang individu yang telah menyakiti hatinya.

5.10   susah betul la klu da slsema + dmam nih… skit tekak bagai…. rs mcm diri mnyusahkan org.. fine… mmg gler! Nikiysa Ekin Ei Lee,cmne aku nk msuk forum cmni???????????/ erghhhh….. xlrat doe…

ULASAN   Posting ini dapat menggambarkan bahawa respondan berada dalam keadaan risau. Respondan amat risau jika dia tidak dapat melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan.

EKSTROVERT

3.01   KAWAN : cantik dp .. hihihi .. mey suka gambar nie .. ♥ ♥ ♥

RESPONDAN :  mesti!I!… Khang Ah Siong kedekut sgat nak pinjamkan kamera dia….gna 3310 pn ok pe…hahaha
KAWAN : Ape?Don’t mention my name.:P
RESPONDAN :  ok fine~~~….merajok sudah…huh!
KAWAN : .. esok mey bagi zirah iphone ek ??
KAWAN :  Merajuk,ade baby tolong pujuk.haha
KAWAN :  Terbaik Fahin Zaidi.
RESPONDAN :  xpe la……………….cdih!
KAWAN : i well well well .. Khang Ah Siong punya samsung dekut sangat ..
RESPONDAN :  Yeke sedih.
KAWAN :  Xdenye. .kalo blh nak bg smue classmate main hpn tu.
RESPONDAN :  xpe la Fahin Zaidi…..terima la 3310 tuh seadanya….huuuu
KAWAN :  ‎3310 la sgt.Padahal dua bijik hpn.
KAWAN :  yeke ?? esok bagi saia ye ..
KAWAN :  Ok.
RESPONDAN :  kamu pakai 2 hpn ke???….kaya jgak ko jah!……haha

3.02   <—– tengok dp mey nie .. gambar zirah lak yang menonjol .. mey pelik la .. tu akaun mey ke akaun zirah .. wakaakkaka ..

KAWAN : haa ..
KAWAN : wakakkakaka
RESPONDAN :  jgan jelez!!
KAWAN : sudah bertukar ,, tapi kan kenapa semua gambar mey nampak mey tengelam ek ?? dp nie pun ElleonHart Fay Elsie Kemos yang menonjol jugak .. adakah mey ??? wakkakaka
RESPONDAN : kurang ketinggian???haha
KAWAN :  zirahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
RESPONDAN :  yyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sssssssssssssssaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaa…hhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaa
KAWAN :  tak baik .. pendek2 pun kawan u jugak .. wakakaa
RESPONDAN :  i menerima kawan i seadanya……coz i pn buknlah wanita yg sempurna…hihihihhi
KAWAN : esok dress cantik2 ye ..
RESPONDAN :  ok….tolg bwak 3310 u tuh….hahaha
KAWAN :  wokey .. malam nie i cas penuh2 .. esok i bawak .. bawak choki2 sok ek ??
RESPONDAN :  lau koperasi bkak…haha
KAWAN :  tolong lah bukak koop tu ..
RESPONDAN :  hahaha…u tolg bukakan k….
KAWAN :  wokey .. tolong ingatkan i supaya bawak kad matrik esok .. hyela no i je yang dapat scan semua ..
RESPONDAN : ye la kn……scan gigi pn bleh…haha
KAWAN :  eh eh eh .. diam2 jela .. u nie ..
RESPONDAN :  haha…kelebihan tuh…
KAWAN :  itu lah anugerah yang tidak ternilai .. u kena hargai sebab dapat kawan macam i .. nak2 ElleonHart Fay Elsie Kemos .. untung dapat pakai croc0dile ..
3.03   bkan maen plan nak bgun pkul 4 tok siapkan assgment….terbabas la plak….ish3!

3.04   layan detective conan jap…….~~~
3.05   ===>>sesungguhnya jubah itu begitu cantek!!…arghhh!!!…..jom jual limau tepi jalan…..nak cri duit tok bli bju uh,,,,huhuhuhu

3.06   masok klas koko td cam baby jek…xtau pape…hanya mampu tgok jek….kan Fahin Zaidi???hihihi

3.07   Nor Hafikah…titew kan bawu lpas mkan aw…..titew mkan mee goreng mamak….semalam kan titew x cukup tido aw…pastu tiba2 ada owank bwat konsert kt bawah pkul 6 pagi…tetiba titew teringat masa titew MAP dlu aw….huihuihui^^

3.08   ==>>ase terlampau BAHAGIA ngan statistik!…….

3.09   ==>>mownink!!~~~

3.10   ====>>target tido pkul 4 pagi….

::bleh tahan ke x pn xtau….heeeee..(^____________*)

ULASAN   Berdasarkan posting di atas kita dapat mengatakan bahawa respondan adalah seorang yang mesra dengan rakan-rakan FB nya. Respondan menunjukkan kemesraannya dengan sesiapa sahaja sewaktu berkomunikasi.Respondan begitu ramah menegur dan menyapa teman-teman FB nya tanpa mengira masa. Respondan juga cuba melakukan perkara yang dapat menarik hati teman-teman FB untuk sama-sama merasai kegembiraan yang dirasainya.

BERHEMAH

2.01   Alhamdulillah..terima kasih sahabat kerana masih mempercayaiku..walaupun sudah lama tidak bertemu dan salaing berkongsi cerita..aku masih aku yang dulu dan tak pernah berubah..kepada si penyebar fitnah..terima kasih sebab anda telah membuktikan persahabatan kami terjalin atas dasar keikhlasan.. terima kasih juga kerana anda telah membuatkan saya sedar apa ertti persahabatan semoga Allah merahmati anda..terima kasih atas fitnah itu..:-)

2.02   Alhamdulillah akhirnya Allah tunjukkan jln…syukur-)

2.03   Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati.

ULASAN   Berdasarkan kata-kata di atas jelas menunkukkan bahawa respondan seorang yang tabah dalam menghadapi segala ujian yang menimpanya. Respondan juga sabar menghadapi liku-liku kehidupan ini kerana percaya suatu masa nanti segala urusannya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

2.04   hari yang cerah dan ceria. semoga perjalanan hari ini secerah cuacanya.:-)

ULASAN   Respondan mengharapkan semoga segala urusan yang ingin dilakukan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Respondan boleh dikatakn berhemah kerana apa sahaja yang ingin dibuat dia akan berserah kepada Allah.

2.05   Kadang-kadang kita rasa kita KUAT namun sebenarnya kita lemah kita anggap tiada siapa yang tahu itu sebab kita kena kuat hadapi semua ini agar kita setanding dengan orang lain… dan moga orang lain tidak nampak kelemahan diri kita…

Kadang-kadang kita rasa kita LEMAH namun sebenarnya kita kuat kerna Allah tahu kita boleh hadapai semua dugaan ini sebab Allah mahukan kita terus setanding dengan orang yang pernah jatuh dan kecewa. Namun bangun kembali dengan keazaman di jiwa dan lebih dekat dengan Nya… InsyaAllah…♥

ULASAN   Berdasarkan kata-kata tersebut jelas menunjukkan bahawa respondan seorang yang cenderung untuk memperoleh kejayaan dalam hidupnya kerana beliau mempunyai semangat tidak mudah mengalah. Bagi respondan sekali gagal tidak bererti akan gagal untuk selama-lamanya.

2.06   •.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙•٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠•˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•
Jangan meletakkan segala benak masalah di atas kepala anda, kerana pastinya kita akan berasa “SEDIH”… bersedih juga dilarang berdasarkan firman Allah ” فَلاَ خَوفٌ عَلَيهِم وَلاَهُم يَحزَنُون” (surah Al Baqarah 38)….”HiDuP PerLu DiLalui dengan penuh kegembiraan”
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙•٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠•˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•

♥ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬.. ♥ .. ♥
KESEDIHAN ITU AKAN MEMADAMKAN API MOTIVASI,MEMBUNUH ROH SEMANGAT DAN MEMBEKUKAN JIWA.KESEDIHAN IBARAT PENYAKIT DEMAM YANG MEMBUNUH TUBUH MENJADI LEMAS.”
♥ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬.. ♥ .. ♥

ULASAN   Respondan seorang yang berpegang pada ajaran Al-Quran dalam kehidupan sehariannya. Bagi respondan apa sahaja yang berlaku pada diri kita ada hikmah disebaliknya. Respondan juga seorang yang bertanggungjawab terhadap dirinya dimana beliau memelihara dirinya dengan mengamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran.

2.07   sape tau branchout tu ape? hehehe..maaf la usm x bg sy buka web tu….

ULASAN   Berdasarkan kata-katanya itu kita dapat mengatakan bahawa respondan seorang yang boleh diharapkan. Ini jelas terbukti apabila respondan tidak melakukan perkara yang tidak dibenarkan oleh sesuatu pihak atas sebab-sebab tertentu.
‎2.08   2 paper lg..semoga dipermudahkan..amin..

ULASAN   Respondan boleh dikategorikan sebagai seorang yang berperancangan kerana apa sahaja yang hendak dilakukan beliau akan terlebih dahulu berserah kepada Allah agar semuanya dapat berjalan dengan lancar.

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Just another WordPress.com site

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Emida Nurmiah

Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin