Category Archives: Bab 4

Analisis Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81), pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya.

1

2

3

4

Analisis pragmatik yang dapat diperoleh dalam hasil kajian ini hanyalah penggunaan Kata Ganti Nama (KGN) orang Pertama dan Ketiga sahaja.

1. Kata Ganti Nama Orang Pertama

DM : Saya

BMS : Saya

Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard bagi penggunaan Kata Ganti Nama Orang Pertama dimana kedua-dua bahasa ini menggunakan perkataan sama iaitu saya untuk merujuk kepada diri sendiri.

2. Kata Ganti Nama Orang Ketiga

DM : Demo

BMS : Mereka

Terdapat perbezaan di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard bagi penggunaan Kata Ganti Nama Orang Ketiga dimana dialek Machang menggunakan perkataan demo sedangkan bahasa Melayu standard menggunakan perkataan mereka untuk merujuk kepada orang ketiga dalam sesuatu percakapan.

RUMUSAN

Daripada kajian yang dijalankan ini, didapati tidak banyak aspek pragmatik yang terdapat di dalam dialek Machang ini yang boleh membezakannya dengan bahasa Melayu standard.

Analisis Makna

Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek “semantikos” yang membawa maksud “erti yang penting”.

1

2

3

4

1. Kena

Dalam dialek Machang perkataan kena bermaksud tahu tetapi dalam bahasa Melayu standard kena bermaksud seseorang yang mengalami sesuatu perkara. Contohnya dia kena pukul dengan gurunya.

2. Come

Dalam dialek Machang come boleh merujuk pada pakaian atau paras rupa yang cantik tapi dalam bahasa Melayu standard comel hanya merujuk kepada paras rupa yang cantik sahaja.

3. Sebak

Perkataan sebak dalam dialek Machang bermaksud alasan bagi sesuatu perkara yang berlaku sedangkan dalam bahasa Melayu standard sebak membawa maksud perasaan sedih yang dirasai oleh seseorang.

4. Kaba

Dalam dialek Machang perkataan kaba boleh beerti sedar tetapi dalam bahasa Melayu standard perkataan khabar membawa erti laporan atau berita mengenai seseorang dan juga sesuatu kejadian.

5. Demo

Perkataan demo dalam dialek Machang merujuk kepada ganti nama diri orang kedua dan ketiga sedangkan dalam bahasa Melayu standard demo merupakan singkatan bagi perkataan demonstrasi yang memnawa maksud perbuatan menyatakan pendapat dengan mengadakan perarakan.

RUMUSAN

Daripada hasil kajian yang diperoleh, rumusan yang boleh dibuat ialah tidak banyak perkataan yang sama tetapi berlainan makna yang ada di antara dialek Kelantan Machang dengan bahasa Melayu standard. Namun begitu, diharapkan dengan adanya hasil yang sedikit ini dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang kelainan yang wujud di antara kedua-dua bahasa ini.

Analisis Pembentukan Ayat

Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataanYunani, iaitu sun yang bererti ´dengan´ dan tattein yang bererti ´menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah  syntaxis  dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa Inggeris. Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al., 1993:317).  Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat,  iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat aspek pembentukan  ayat yang terdapat dalam dialek Kelantan Machang sama ada mempunyai persamaan atau perbezaan dengan bahasa Melayu standard. Hasil kajian akan dipaparkan dalam analisis di bawah in

1. Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.

Contoh :

ayat penyata

2. Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

Contoh :

ayat tanya

3. Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu ayat majmuk pancangan relati) ayat majmuk pancangan komplemen) dan ayat majmuk pancangan keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu :

a) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Sebab

Menggunakan perkataan kerana, lantaran, oleh sebab

Contoh :

majmuk pncangan kterangan sebab

b) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Syarat

Menggunakan perkataan jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Contoh :

ayat pancangan keterangan syarat

c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Cara

Menggunakan perkataan dengan

Contoh :

majmuk pncangan kterangan cara

RUMUSAN

Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan aspek pembentukan ayat di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard. Hal ini mungkin disebabkan oleh kedsua-dua bahasa ini berasal daripada rumpun bahasa yang sama iaitu Austronesia.

Analisis Pembentukan Kata

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji aspek pembentukan kata yang terdapat dalam dialek Kelantan Machang dan perbezaannya dengan bahasa Melayu standard. Hasil kajian yang diperoleh akan dianalisis dan ditunjukkan seperti di bawah ini.

a).Pemilihan Kata

kelainan kata

Berdasarkan jadual di atas, terdapat beberapa perkataan yang telah dipilih oleh pengkaji yang hanya ada di dalam dialek Kelantan Machang dan tidak ada dalam bahasa Melayu Standard. Antaranya ialah

1.Kata Nama

Dialek : bedil-pitih

BMS : mercun-duit

2.Kata Kerja

Dialek : deghak-jangok

BMS : berjalan-berhias

3.Kata Ganti Nama Orang Ketiga

Dialek : demo

BMS : mereka

b).Pengguguran Suku Kata

suku kata

Di dalam dialek Kelantan Machang berlaku pengguguran suku kata pada suku kata pertama sesuatu perkataan seperti yang dipaparkan dalam jadual di atas.

c).Pengimbuhan

Penggunaan imbuhan akhiran-an

imbuhan

Berlaku proses pengimbuhan akhiran-an dalam dialek Kelantan Machang sama seperti bahasa Melayu Standard tetapi fonem [n] pada suku kata akhir digugurkan.

d).Penggandaan

Penggunaan kata ganda penuh

kata ganda

Dialek Kelantan Machang juga berlaku proses penggandaan, iaitu penggunaan kata ganda penuh seperti contoh di dalam jadual di atas.

RUMUSAN

Terdapat pelbagai proses pembentukan kata di dalam dialek Kelantan Machang seperti proses penggandaan, pengimbuhan, pengguguran suku kata dan juga pemilihan kata yang berbeza dengan bahasa Melayu standard..Proses-proses ini telah menjadikan dialek Kelantan Machang kelihatan lebih unik dan menarik untuk dikaji dan dipelajari.

Analisis Sebutan

Aspek sebutan adalah salah satu aspek yang penting dalam bidang linguistik. Aspek sebutan juga dikenali sebagai adpek fonetik dan fonologi. Fonetik ialah menurut Arbak Othman (1983),  kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Manakala fonologi menurut Abdullah Hassan ( 1993) pula bermaksud suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster‟s College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai“the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan pengkajian aspek sebutan bagi dialek Machang Kelantan. Pengkaji telah membuat temu bual dengan respondan dan merakam dialek percakapan respondan tersebut. Di bawah ini disertakan hasil rakaman audio dan juga hasil analisis data bagi dialek Machang Kelantan.

1

2

3

4

Bil

Bahasa/Dialek

Transkripsi Fonetik

BM Standard

1

poso

/pᴐsᴐ/

puasa

2

kalu

/kalu/

kalau

3

mace

/maʧɛ/

macam

4

male

/malɛ/

malam

5

tupak

/tupaɁ/

ketupat

6

masok

/masᴐɁ/

masak

7

kemah

/kəmah/

kemas

8

leme

/ləmɛ/

lemang

9

bedil

/bədil/

mercun

10

deghak

/dəɣaɁ/

berjalan

11

supo

/supᴐ/

sama

12

oghe

/ᴐɣɛ/

orang

13

ghumoh

/ɣumᴐh/

rumah

14

lepah

/ləpah/

lepas

15

suko

/sukᴐ/

suka

16

tuo

/tuᴐ/

tua

17

baka

/baka/

bakar

Berdasarkan data yang diperoleh dalam jadual di atas, di dapati terdapat banyak aspek fonologi dalam dialek Machang Kelantan. Antaranya ialah

1. Menggugurkan vokal depan luas [a] yang menduduki posisi nukleus pada akhir suku kata dan menggantikannya dengan vokal belakang separuh sempit [ᴐ]

Contoh : tua-/tuᴐ/

suka- /sukᴐ/

2. Menggantikan konsonan [r] yang berada di posisi onset pada awal suku kata dengan konsonan [ɣ].

Contoh : orang-/ᴐɣɛ/

rumah-/ɣumᴐh/

3. Menggugurkan konsonan /m/ pada posisi koda dan juga vokal [a] pada posisi nukleus di akhir suku kata dan menggantikannya dengan vokal [ɛ].

Contoh : macam-/macɛ/

malam-/malɛ/

4. Pengguguran konsonan [s] pada posisi koda suku kata terakhir dan menggantikannya dengan konsonan [h].

Contoh : kemas-/kəmah/

lepas-/ləpah/

5. Penggantian konsonan [k] pada posisi koda suku kata akhir dengan konsonan glotis [Ɂ].

Contoh : masak-/masᴐɁ/

6. Pengguguran konsonan [r] pada posisi koda di akhir suku kata

Contoh : bakar-/baka/

Rumusan

Daripada analisis sebutan yang dilakukan di atas, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara dialek Machang Kelantan dengan bahasa Melayu Standard. Di dalam dialek Kelantan yang dituturkan oleh respondan ini terdapat banyak proses fonologi, antaranya pengguguran, penggantian dan penambahan fonem.

Bab 4

Dapatan Kajian

4.1 Pengenalan

Dapatan kajian adalah bahagian yang paling penting dalam sesuatu kajian. Ini kerana pada bahagian inilah segala hasil kajian yang diperolehi akan dipaparkan

4.2 Diskusi

Dalam kajian ini perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai pengkajian dialek Machang Kelantan. Dialek yang diperoleh hasil rakaman dengan respondan akan dianalisis berdasarkan lima aspek bahasa iaitu, aspek fonologi (sebutan), morfologi (pembentukan kata), sintaksis (pembentukan ayat), semantik dan pragmatik.

4.2.1 Sebutan

4.2.2 Pembentukan Kata

4.2.3 Pembentukan Ayat

4.2.4 Semantik

4.2.5 Pragmatik

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Just another WordPress.com site

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Emida Nurmiah

Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin