Analisis Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81), pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya.

1

2

3

4

Analisis pragmatik yang dapat diperoleh dalam hasil kajian ini hanyalah penggunaan Kata Ganti Nama (KGN) orang Pertama dan Ketiga sahaja.

1. Kata Ganti Nama Orang Pertama

DM : Saya

BMS : Saya

Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard bagi penggunaan Kata Ganti Nama Orang Pertama dimana kedua-dua bahasa ini menggunakan perkataan sama iaitu saya untuk merujuk kepada diri sendiri.

2. Kata Ganti Nama Orang Ketiga

DM : Demo

BMS : Mereka

Terdapat perbezaan di antara dialek Machang dan bahasa Melayu standard bagi penggunaan Kata Ganti Nama Orang Ketiga dimana dialek Machang menggunakan perkataan demo sedangkan bahasa Melayu standard menggunakan perkataan mereka untuk merujuk kepada orang ketiga dalam sesuatu percakapan.

RUMUSAN

Daripada kajian yang dijalankan ini, didapati tidak banyak aspek pragmatik yang terdapat di dalam dialek Machang ini yang boleh membezakannya dengan bahasa Melayu standard.

4 responses

  1. satu analisis yang dapat memberikan banyak input kepada pembaca. tahniah ^_^
    satu sahaja soalan saya, adakah pemilihan bahasa akan berlaku jika penutur dialek kelantan berhijrah ke luar negeri kelantan? terima kasih

    1. Terima kasih…^_^
      jawapan bagi soalan anda,pemilihan bahasa kalau pada dasarnya tidak akan berubah,tapi bergantung pada individu tersebut sama ada masih mahu menggunakan dialek Kelantan atau tidak…

  2. kajian yang sangat bagus dan boleh dijadikan rujukan untuk para pembaca yang ingin membuat kajian mengenai dialek..

    1. Terima Kasih..^_^
      Mudah2an

Leave a comment

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Just another WordPress.com site

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Emida Nurmiah

Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin